Posted by: blogmaster | May 18, 2009

Usah gila pangkat, kuasa, kedudukan, pesan guruku

” Sempena Hari Guru ini aku teringat pesanan salah seorang guruku yang sudah pun meninggal dunia. Katanya, dalam dunia ini janganlah tergila-gila mencari pangkat, kuasa, harta, kedudukan dan apa saja berkaitan kehebatan dunia.

Ini kerana jika kita ada ‘benda-benda’ ini, orang lain menunggu masa saja untuk mengambil atau merampas daripada kita. Sebagai contoh, jika kamu ada pangkat, ada orang mahukan pangkat kamu itu. Jika kamu ada kuasa, orang lain menunggu masa saja untuk mendapatkan kuasa kamu itu. Mungkin mereka akan terkata-kata, “bila dia nak pencen atau…supaya aku mengambil tempatnya.”

Kemudian jika kamu berharta, orang lain pun mahukan harta kamu itu. Kamu berusaha keras (sehingga tidak memikirkan halal haram), tetapi akhirnya semuanya akan ditinggalkan. Jadi untuk apa kamu berusaha ‘bagai nak gila’ mendapatkan ‘benda-benda’ yang sentiasa dicemburui orang lain itu. Pencopet, perompak, penyamun, perasuah, pembohong; semuanya berusaha untuk mendapatkan harta kamu.

Katanya, carilah ‘benda-benda’ yang orang lain tidak boleh rampas daripada kamu. Carilah status ‘hamba Allah’ sebenar yang tidak mungkin orang lain merampasnya. Sebagai contoh siapa boleh rampas hubungan erat kamu dengan Allah yang boleh diperolehi dengan mengikut jalan ditunjukinya. Siapa boleh rampas solat kamu yang khusyuk, siapa boleh rampas zikir kamu atau ketenangan hati yang kamu miliki?

Pertingkatkanlah ilmu kerana tiada orang yang boleh merampasnya daripada kamu. Malah kalau kamu berkongsi (mengajar) ilmu, ia akan bertambah. Apabila ilmu dikeluarkan, ia akan menjadi semakin banyak, tidak seperti harta jika kamu keluarkan ia akan semakin habis.

Sayidina Ali k.w. yang disifatkan sebagai kunci ilmu kepada gedung ilmu (Rasulullah s.a.w.) mengingatkan, ilmu dapat menjaga kamu sedangkan kalau kamu ada harta, kamu yang akan menjadi hamba menjaganya.

Perkembangan semasa mengingatkan aku akan pesanan guruku itu. Hebat pesanannya kerana sekarang aku dapat saksikan perkara itu. Orang kini tanpa segan silu berebut-rebut mendapat kuasa, pangkat, kedudukan dan harta”. (LanH)

Posted by: blogmaster | January 10, 2009

Antara Kekejaman Yahudi Dan Pengkhianatan Pemimpin Arab

Isu terkini yang banyak tersiar di dada akhbar negara kita saban hari mengenai isu kekejaman Yahudi, mengundang kita mencari punca dan masalah untuk menanganinya. Jadi kita amat bersetuju hasi tulisan Aris Hazlan Ismail dapat memberi jawapan sebenar, bersama-sama kita tatapinya.
Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.
Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.
Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, “Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya’ud,” kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, “Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak ‘aduwwullah!”.
Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.
Orang-orang Arab kata, “Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab.”
“Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa.”
“Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari’ Ramsis.”
“Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas.”
Soviet Union ‘balik kampung’
“Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab.”
Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.
Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.
Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.
Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.
Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.
Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.
Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.
Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.
Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur. Barak Obama akan menjadi presiden terakhir Amerika, atau mungkin tidak sempat ditabalkan menjadi presiden. Oleh : Aris Hazlan Ismai.

Posted by: blogmaster | January 1, 2009

Desktop Computer

Posted by: blogmaster | January 1, 2009

Firewall

Fungsi Firewall  melindungi infrastruktur rangkaian, juga mampu menjimatkan kos dan mempertingkatkan kelajuan sistem dalaman sesebuah organisasi secara menyeluruh dan efisien.

Firewall bertindak melindungi segala ancaman rangkaian termasuk virus, perisian pengintipan (spyware), penggodam, virus trojan, perisian jenayah penipuan (phishing) dan spam.

Keupayaan Firewall sekarang telah dipertingkatkan tahap perlindungan  dan rangkaian maya persendirian (VPN) menerusi kepantasan daya pemprosesan berkelajuan Gigabit (GB) sesaat.

Peningkatan teknologi Firewall dengan binaan port Ethernet 10 GB, juga boleh diselaraskan dengan port 4 GB melalui modul tambahan Advanced Mazzanine Card (AMC) yang pasti menjanjikan kelajuan pada sistem rangkaian.

Sila rujuk     http://www.juniper.net dan www.fotinet.com/products

Posted by: blogmaster | August 18, 2008

Pembangunan Laman Web

Tajuk ini akan memberi panduan membangun laman web
1. Websites Construction
2. Introduction
3. Web Page User Interface
4. Navigate Implementation
5. Design Elements
6. Websites Publication

Download nota rujukan pembangunan laman web

Posted by: blogmaster | August 18, 2008

Dimana Niat Asal Kita Sbg. Pendidik

Semasa mula-mula menceburi profesion sebagai pendidik kita semua hanya ada dua niat iaitu mendapatkan rezeki halal dan mendidik anak bangsa dengan memartabatkan ilmu. Maka atas dua niat tadi menjadikan profesion ini mulia. Jika kita rujuk hadis rosulluAllah s.a.w banyak menceritakan golongan pendakwah (pendidik) ini, dimana martabat ilmu itu tinggi ilmu yang berkat akan kita bawa pahalanya hingga ke alam barzah dan berterusan hingga ke hari kiamat. Adakah kita sedar kelebihan kita ini ?. Berapa ramai dari kita guna kelebihan ini ?. Tidak kira dimana jawatan atau bidang tugas yang kita jalankan di kolej ini, yang pasti kita betulkan niat dan laksanakan niat tersebut pasti Allah s.w.t akan menilai kita, ganjaran pahala pasti menunggu. Kita manusia mudah lupa…………….

Posted by: blogmaster | May 5, 2008

Hak Orang Melayu

Masa kini pelajar-pelajar kita diberi pinjaman pendidikan berserta kadar faedahnya sekali, sedangkan kita tahu hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan ialah biasiswa. (Osman Abu Bakar, Ketua Umum BBPM)

Posted by: blogmaster | May 4, 2008

Tiada Bangsa Yang Maju Kerana Mendaulatkan Bahasa Asing

Kajian menunjukkan Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh penduduk pribumi mereka. Cuba kita lihat negara yang maju seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan banyak lagi negara yang menerajui teknologi dunia. Membuktikan bahasa ibunda masing-masing menjadi bahasa ilmu dan penggantar di negara mereka. (blogmaster)

Posted by: blogmaster | May 4, 2008

Kembalikan P&P Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Melayu

Dalam pedagogi pendidikan untuk menguasai bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik adalah salah serta tidak masuk akal kerana kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris hanya boleh dikuasai jika bahasa itu sendiri diperkukuhkan. Kajian mendapati sebanyak 87.7 peratus pelajar luar bandar dan miskin bandar mengalami kesukaran menguasai dua mata pelajaran tersebut kerana ia diajar dalam bahasa Inggeris. (Prof . Emeritus Dr. Abdullah Hassan)

Posted by: blogmaster | May 4, 2008

Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu

“Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

“Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat,”(Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang)

Older Posts »

Categories