Page ini sekadar tatapan kosong bagi menghilangkan tekanan dan juga diari kehidupan untuk dijadikan teladan ataupun sempadan……bagi manusia supaya terus berfikir………..
Sekadar Renungan :-
- Prinsip aku dalam kerjaya cara bertindak dan perlaksanaan harus mencerminkan usia dan pengalaman dalam kerjaya seseorang. Bila berumur biarlah sesuai dgn pengalaman, mungkin boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada orang muda.
- Atas prinsip itu, kita harus bekerja keras semasa usia muda untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin bila tua nanti tenaga berkurangan dan untuk bertanya generasi muda mungkin timbul rasa malu. Pada masa itu, cara bekerja hanya bersandarkan atas pengalaman yang ditimba dahulu.
- Untuk membina kerjaya yg lebih cemerlang cubalah belajar melihat bidang kita ceburi secara makro, kita akan dapat lihat seperti gambar berikut :-
Pandangan Makro bentuk muka bumi – sungai, hutan, bangunan dll…..bergabung menjaga kepentingan khalifah muka bumi…siapa boleh dianggap khalifah ?
